ADN

Wakil rakyat Kampung Tunku lancar niaga dalam talian, bantu usahawan

10 Mac 2021, 6:56 AM
Wakil rakyat Kampung Tunku lancar niaga dalam talian, bantu usahawan

PETALING, 10 MAC: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku melancarkan Program Usahawan Digital bagi membantu peniaga terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Ahli Dewan Negerinya berkata inisiatif jualan secara dalam talian menerusi platform Yezza Store menyasarkan 100 peserta yang dikecualikan caj perkhidmatan selama tiga bulan.

"Kita mengeluarkan peruntukan lebih RM10,000 untuk menjayakan program ini, semoga inisiatif ini membantu menjana atau meningkatkan pendapatan peniaga kecil-kecilan.

"Peniaga boleh memohon menerusi https://adunkgtunku.yzza.io/dme sebelum 17 Mac. Setiap permohonan akan diteliti bagi memastikan hanya yang layak terima manfaat," kata Lim Yi Wei pada sidang media hari ini.

Beliau berkata sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, 38 daripada 100 peserta dipilih dalam kalangan golongan terbabit.

"Inisiatif pejabat DUN Kampung Tunku bertujuan menyokong pelbagai program jualan secara dalam talian yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619