EXCO

Kelong Paradise ditambah baik, sasar jadi taman ikan

9 Mac 2021, 3:33 PM
Kelong Paradise ditambah baik, sasar jadi taman ikan
Kelong Paradise ditambah baik, sasar jadi taman ikan

SABAK BERNAM, 9 MAC: Kerajaan Selangor memperuntuk sejumlah RM200,000 bagi menaik taraf Kelong Paradise Waterfront Resort bagi menarik kehadiran orang awam.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata selain merancang menceriakan kawasan tumpuan pelancong itu, pihaknya bakal menambah beberapa kemudahan antaranya kawasan renang dan bilik berhawa dingin bagi keselesaan pengunjung.

“Kemudahan yang ada sebelum ini seperti lantai, tandas, tempat makan dan bilik keluarga juga akan dibaiki. Langkah ini menggalakkan pengunjung datang bersama keluarga.

[caption id="attachment_463700" align="alignright" width="405"] Bangunan tiga tingkat Kelong Paradise di Sabak Bernam pada 9 Mac 2021 yang dirancang dijadikan kawasan taman ikan dan tarikan pelancongan. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

“Kita jangkakan kerja pembaikan dan naik taraf ini berjalan ketika Ramadan. Semua kemudahan mengutamakan aspek keselamatan,” kata Ir Izham Hashim selepas meninjau kawasan berkenaan.

Menurutnya bangunan tiga tingkat dibina lapan tahun lalu itu juga bakal dijadikan kawasan taman ikan.

“Tahun lalu kos sebanyak RM350,000 digunakan untuk menambah tukun. Jadi kita yakin ikan dapat membiak dengan banyak,” katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619