AGENDA

JAS giat kesan suspek kebakaran hutan simpan Kuala Langat

9 Mac 2021, 8:04 AM
JAS giat kesan suspek kebakaran hutan simpan Kuala Langat

SHAH ALAM, 9 MAC: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dengan kerjasama polis giat mengesan pihak disyaki mempunyai kaitan kes kebakaran Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan.

Pengarahnya berkata semua suspek melibatkan pemilik dan penyewa tanah, pekerja syarikat serta warga asing yang diupah melakukan pembakaran.

"Siasatan JAS mendapati syarikat ini menyewa tanah seluas 15.78 hektar untuk pertanian, kita yakin suspek ditangkap dalam tempoh terdekat.

"Selain itu tiga sampel bahan bukti di lokasi kebakaran dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya," kata Nor Aziah Jaafar kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 29A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya hari ini.

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang dikesan pada 28 Februari merebak sehingga lebih 40 hektar berikutan cuaca panas, kering dan berangin.

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata seorang lelaki warga Indonesia direman empat hari kerana melakukan pembakaran terbuka dii Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619