AGENSI

Selangor Kerjaya: Peserta ditawar kerja jalani kursus khas

9 Mac 2021, 4:52 AM
Selangor Kerjaya: Peserta ditawar kerja jalani kursus khas

SHAH ALAM, 8 MAC: Pemohon program Selangor Kerjaya yang mendapat tempat dalam pasaran kerja berpeluang mengikuti kursus khas selama setahun.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkata kursus secara maya dipilih majikan bagi meningkatkan kemahiran serta kualiti kerja dan sijil akan diberikan kepada mereka selepas menamatkan latihan.

"Untuk rekod, seramai 38 daripada 80 individu yang melepasi sesi temuduga dalam talian dan fizikal berjaya ditempatkan ke pelbagai sektor pekerjaan," kata Norita Mohd Sidek kepada SelangorKini.

Beliau berkata Selangor Kerjaya mempunyai ciri unik berbanding saluran carian pekerjaan lain seperti pemohon perlu melalui ujian profil untuk proses saringan bagi memahami minat, kemahiran dan jenis kerja sesuai.

"Laporan ini akan dikongsikan dengan mereka sebagai rujukan, malah latihan asas dijalankan untuk menyediakan tenaga kerja yang dipilih untuk ditemuduga.

"Justeru, MBI berharap lebih ramai warga Selangor mengambil peluang mendaftar diri dan membina kerjaya melalui program ini," katanya.

Pada 26 Januari, Kerajaan Negeri melancarkan laman sesawang www.selangorkerjaya.com.my untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa pendek dan panjang.

Usaha tersebut turut dikhususkan kepada individu yang hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619