AGENDA

Permaisuri Agong nasihat wanita sayangi diri, jadi insan hebat

8 Mac 2021, 3:30 PM
Permaisuri Agong nasihat wanita sayangi diri, jadi insan hebat

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan setiap wanita supaya menyayangi dan menghargai diri sendiri untuk menjadi seorang insan yang hebat dan bahagia.

Baginda bertitah wanita perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri serta keluarga kerana seorang wanita yang bahagia akan mampu membawa kebahagiaan kepada semua orang di sekelilingnya.

“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT itulah istimewanya kita wanita,” titahnya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Istana Negara sempena sambutan Hari Wanita hari ini.

Jelas baginda, kekuatan wanita terserlah ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara kini apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita tahun ini - Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.

“Di sinilah kita melihat kekuatan seseorang insan yang bergelar wanita. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya keluar daripada cabaran tersebut,” titah Tunku Azizah.

Baginda turut menyeru supaya masyarakat menghargai wanita, menyayangi, menghormati dan berlemah lembut dengan golongan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619