AGENDA

Selangor mahu perkasa bola sepak wanita

8 Mac 2021, 3:00 PM
Selangor mahu perkasa bola sepak wanita

SHAH ALAM, 8 MAC: Golongan wanita di Selangor terus diberi perhatian apabila Kerajaan Negeri bercadang menyediakan kemudahan khusus bagi mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan.

EXCO sukan berkata pihaknya kini berhasrat memperkasakan sukan bola sepak wanita negeri ini selepas melihat kejayaan atlet wanita dalam sukan lain seperti ragbi dan bola keranjang.

"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor). Kita mahu menggalakan lebih ramai menyertai sukan bola sepak," kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Beliau menambah kemudahan seperti pusat latihan akan disediakan bagi memastikan keselesaan pemain terjaga selain meningkatkan lebih ramai pemain berkualiti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619