AGENDA

3,794 individu daftar dengan portal pencari kerja Selangor

8 Mac 2021, 6:08 AM
3,794 individu daftar dengan portal pencari kerja Selangor

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 3,794 individu berdaftar dengan portal pencari kerja yang diwujudkan Kerajaan Selangor setakat 26 Februari lalu.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) berkata 2,781 adalah individu yang hilang pekerjaan termasuk graduan yang belum memiliki kerjaya dan 1,013 pemohon masih bekerja.

"Seramai 3,598 graduan universiti berdaftar dan selebihnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

"Rekod kami mendapati 80 individu terpilih menghadiri temu duga dalam talian dan fizikal, 38 daripadanya pula berjaya ditempatkan ke pelbagai sektor pekerjaan," kata Norita Mohd Sidek kepada SelangorKini.

Tambah Norita, sebanyak 1,384 kekosongan jawatan disediakan daripada 32 majikan yang berdaftar dengan perkhidmatan Selangor Kerjaya.

Laman web www.selangorkerjaya.com.my dilancarkan Dato' Menteri Besar pada 26 Januari 2021 untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa dekat dan panjang.

Perkhidmatan Selangor Kerjaya itu menawarkan pelbagai maklumat untuk pencari kerja serta majikan mendapat tenaga kerja yang menepati kekosongan jawatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619