AGENDA

KEADILAN Selangor harus kukuhkan cabang, elak sengketa

8 Mac 2021, 1:51 AM
KEADILAN Selangor harus kukuhkan cabang, elak sengketa

AMPANG, 8 MAC: Pemimpin KEADILAN Selangor perlu mengukuhkan cabang masing-masing bukan memikirkan calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Pimpinannya Dato' Seri Amirudin Shari juga meminta semua pihak tidak menghabiskan masa dengan sengketa dan adu domba sebaliknya menjunjung amanah dan mandat rakyat.

"KEADILAN Selangor diuji apabila tiga pemimpin utama kita keluar parti. Kita kehilangan timbalan presiden, ketua wanita pusat dan ketua wanita negeri.

"Namun, prinsip perjuangan dan agenda reformasi jadi kunci keteguhan kita. Alhamdulillah meskipun mereka pergi namun tiada cawangan di Selangor dibubar," katanya ketika merasmikan bilik gerakan utama Parlimen Ampang di Santai@ Ampang Point di sini, semalam.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar berkata pihaknya yakin Selangor kekal di bawah PAKATAN pada PRU15 berdasarkan prestasi Kerajaan Negeri yang konsisten sejak mentadbir pada 2008.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619