AGENSI

MB jelajah Parlimen Ampang, rasmi bilik gerakan

7 Mac 2021, 11:18 AM
MB jelajah Parlimen Ampang, rasmi bilik gerakan

AMPANG, 7 MAC: Dato’ Menteri Besar mengadakan program Jelajah Kita Selangor ke Parlimen Ampang petang tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari memulakan lawatan dengan menunaikan solat Zohor di Masjid Bandar Baru Ampang seterusnya menyampaikan sumbangan masing-masing RM5,000 kepada masjid tersebut dan Masjid Jamiul-Huda, Kampung Melayu Ampang.

Beliau turut menyampaikan bantuan makanan kepada 100 kariah masjid.

Program jelajah diteruskan dengan sumbangan wang tunai dan makanan kepada pesakit buah pinggang, Chua Boon Chin, 40, serta kerusi roda dan makanan kepada Yap Choen Wah, 51, yang menetap di Bandar Baru Ampang.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan makanan kepada pesakit barah Abdullah Kasim, 65, di Taman Cahaya.

Siri jelajah berakhir dengan perasmian Bilik Gerakan Utama Parlimen Ampang di Santai@ Ampang Point.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619