AGENSI

Orang ramai digesa jalani saringan Covid-19 sebelum terima vaksin

7 Mac 2021, 8:59 AM
Orang ramai digesa jalani saringan Covid-19 sebelum terima vaksin
Orang ramai digesa jalani saringan Covid-19 sebelum terima vaksin

SHAH ALAM, 7 MAC: Orang awam digalak menyertai Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri sementara masih belum divaksin.

Pengurus Klinik Selcare berkata ia berikutan penduduk perlu terus menjalani ujian sekiranya bergejala dan tinggal di lokasi jangkitan yang tinggi.

[caption id="attachment_463415" align="alignright" width="391"] Pengurus Klinik Selcare Mohd Noor Md Nasir bercakap kepada media ketika program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Bagaimanapun kita bimbang ada yang anggap tidak perlu disaring kerana vaksin sudah tiba sedangkan program imunisasi itu dilakukan secara berperingkat dan memakan masa.

"Proses saringan ini akan diteruskan sehingga pengambilan vaksin dalam kalangan masyarakat mencapai 80 peratus," kata Mohd Noor Md Nasir kepada SelangorKini ketika program Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 di Dataran Otomobil Seksyen 15 di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah kehadiran sekitar 400 orang yang menyertai program di Subang Perdana dan Seri Kembangan semalam seharusnya meningkat lebih tinggi sekiranya orang ramai tidak melepaskan peluang menjalani ujian percuma itu.

"Sasaran awal ialah 2,000 peserta dan kita tidak sepatutnya leka kerana Covid-19 masih berada dalam komuniti. Saringan ini sebagai langkah pencegahan selain terus patuh tatacara operasi piawai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619