ADN

Orang ramai digalak jalani saringan Covid-19 di Kota Damansara esok

6 Mac 2021, 12:51 PM
Orang ramai digalak jalani saringan Covid-19 di Kota Damansara esok
Orang ramai digalak jalani saringan Covid-19 di Kota Damansara esok

SHAH ALAM, 6 MAC: Orang awam diseru hadir menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna Seksyen 2 Kota Damansara esok.

Ahli Dewan Negeri Kota Damansara berkata saringan secara percuma itu diutamakan kepada penduduk sekitar Taman Sains Selangor serta Kota Damansara di Seksyen 6, 7 dan 8.

"Bagaimanapun, program ini terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa. Manfaatkan peluang disedia Kerajaan Selangor ini," kata Shatiri Mansor ketika ditemui Media Selangor hari ini.

Untuk mendaftar, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan menggunakan fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my .

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program Saringan Komuniti setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619