AGENSI

Saringan komuniti diteruskan ikut keperluan, keadaan semasa

6 Mac 2021, 9:48 AM
Saringan komuniti diteruskan ikut keperluan, keadaan semasa
Saringan komuniti diteruskan ikut keperluan, keadaan semasa

AMPANG, 6 MAC: Kerajaan Negeri akan meneruskan saringan bersasar Covid-19 meskipun suntikan vaksin sudah berjalan.

Dato' Menteri Besar berkata bagaimanapun penganjuran program komuniti itu bergantung kepada keperluan serta keadaan semasa.

“Kita akan lihat kes serta tumpu kepada kawasan panas. Ini (program) bagi mengelakkan adanya perebakan wabak dan usaha mengekang penularan wabak dalam komuniti diteruskan kerana ia bahaya," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika ditemui.

Terdahulu beliau merasmikan Pusat Khidmat (Penyelaras) Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya.

Pada 20 Januari, Kerajaan Selangor menerusi Pakej Kita Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung penularan wabak.

Antara lokasi dianjurkan di Dewan Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 25, Shah Alam; Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang; Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya dan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.

Program itu dijangka memanfaatkan 50,000 rakyat dengan tumpuan kepada golongan sasar seperti warga emas terutama di pusat penjagaan dan hemodialisis seluruh negeri termasuk kumpulan berpendapatan rendah (B40) serta mahasiswa anak Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619