PBT

Peruntukan RM600,000 ganti lif, bumbung Flat Cempaka

6 Mac 2021, 6:10 AM
Peruntukan RM600,000 ganti lif, bumbung Flat Cempaka

SHAH ALAM, 6 MAC: Penukaran lif di Flat Cempaka, Batu Caves akan menyelesaikan masalah hampir 2,000 penduduk selepas dilaporkan rosak penghujung tahun lalu.

Ahli majlis Zon 6 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata peruntukan hampir RM600,000 diluluskan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) semalam susulan tinjauan Dato’ Menteri Besar pada 26 Januari lalu.

“Flat ini berusia lebih 15 tahun dan kerosakan lif berlaku berulang kali walaupun sudah dibaiki.

"Selain penukaran dua unit lif, bumbung perumahan berkenaan juga dibaiki demi keselesaan penduduk,” kata Amir Fazlee Khalid ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan kerja baik pulih itu akan bermula dalam tempoh dua bulan lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619