AGENDA

Musim meluruh, pasaran getah diniaga lebih tinggi minggu depan

6 Mac 2021, 2:55 AM
Musim meluruh, pasaran getah diniaga lebih tinggi minggu depan

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Pasaran getah Malaysia dijangka berada dalam aliran yang lebih tinggi minggu depan memandangkan keadaan cuaca hujan yang jarang-jarang, mungkin menjejaskan pengeluaran lateks dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low berkata ini sejajar dengan kedatangan musim meluruh pokok getah yang lebih awal.

''Kami percaya permintaan dan harga getah akan kekal teguh dalam beberapa minggu akan datang,'' katanya kepada Bernama.

Pembeli dijangka akan tampil ke hadapan dan memegang stok untuk beberapa waktu, sementara menunggu industri serta pergerakan rakyat kembali normal.

''Ketersediaan vaksin juga dilihat sebagai pemangkin bagi merangsang perniagaan dan industri." katanya lagi.

Secara mingguan, SMR 20 turun 35 sen kepada 702.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 15.5 sen kepada 672.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang Jumaat, harga penutup MRB untuk SMR 20 berada pada 702.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 673.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619