AGENSI

Kilang kitar semula plastik sebabkan pencemaran udara didenda RM75,000

5 Mac 2021, 10:16 AM
Kilang kitar semula plastik sebabkan pencemaran udara didenda RM75,000
Kilang kitar semula plastik sebabkan pencemaran udara didenda RM75,000

SHAH ALAM, 5 MAC: Kilang kitar semula plastik di Shah Alam didenda RM75,000 kerana menjalankan aktiviti tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) berkata pemilik syarikat juga didapati gagal mengemukakan notis punca pencemaran udara.

"Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap pengarah syarikat berusia 47 tahun yang hadir di mahkamah hari ini, tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

[caption id="attachment_463183" align="alignright" width="500"] Suasana kilang kitar semula plastik terpakai di Shah Alam yang didapati melakukan aktiviti tanpa kelulusan pihak Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA). Foto: Jabatan Alam Sekitar Selangor[/caption]

"JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Terima kasih kepada orang awam yang membantu beri maklumat mengenai aktiviti yang mencemarkan alam sekitar," kata Nor Aziah Jaafar dalam kenyataan.

Menurut pertuduhan pertama pada 16 Ogos 2019, syarikat tersebut didapati menjalankan aktiviti tersebut tanpa kelulusan Laporan EIA seperti di bawah Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Manakala, pertuduhan kedua mereka gagal kemuka pemberitahuan bertulis kepada ketua pengarah mengenai punca pencemaran udara mengikut Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

JAS menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619