AGENSI

SPRM lawat MDKS, tinjau tapak cawangan baharu

5 Mac 2021, 3:59 AM
SPRM lawat MDKS, tinjau tapak cawangan baharu

SHAH ALAM, 5 MAC: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menerima kunjungan hormat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu.

Kunjungan diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi bertujuan meninjau premis sewaan cawangan suruhanjaya itu dengan diiringi Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat.

"Delegasi SPRM turut dibawa melawat ibu pejabat majlis untuk sesi perkongsian mengenai latar belakang pihak berkuasa tempatan ini.

"Warga MDKS merakamkan ucapan terima kasih kepada suruhanjaya itu kerana memilih daerah Kuala Selangor sebagai lokasi baharu pejabat untuk mencegah rasuah," katanya menerusi Facebook semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619