AGENSI

Kuis sasar 3,000 pelajar baharu sesi Jun 2021

5 Mac 2021, 1:40 AM
Kuis sasar 3,000 pelajar baharu sesi Jun 2021

SHAH ALAM, 5 MAC: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) menyasar kemasukan 3,000 pelajar baharu bagi sesi pengambilan Jun tahun ini.

Rektornya memaklumkan sebanyak 85 program pengajian ditawarkan di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, pascasiswazah dan separuh masa.

Prof Dato' Ab Halim Tamuri berkata bahagian pemasaran universiti juga giat mempromosi program melalui media sosial bagi mencapai sasaran pendaftaran pelajar.

"Jumlah pelajar baharu agak kurang tahun lalu susulan pandemik Covid-19 namun saya percaya kali ini akan ada peningkatan signifikan," katanya ketika dihubungi.

Ab Halim juga yakin ramai ibu bapa pelajar khususnya yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia menjadikan Kuis sebagai pilihan untuk menyambung pengajian.

Pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/default.jsp.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619