AGENDA

Saringan percuma Covid-19 di sekitar Subang, Seri Kembangan Sabtu ini

4 Mac 2021, 7:02 AM
Saringan percuma Covid-19 di sekitar Subang, Seri Kembangan Sabtu ini
Saringan percuma Covid-19 di sekitar Subang, Seri Kembangan Sabtu ini
Saringan percuma Covid-19 di sekitar Subang, Seri Kembangan Sabtu ini

SHAH ALAM, 4 MAC: Penduduk di sekitar Subang dan Seri Kembangan diseru untuk menjalani Ujian Saringan Covid-19 percuma pada Sabtu ini.

Dato' Menteri Besar berkata kedua-dua program bermula 9 pagi hingga 4 petang akan diadakan di Dewan Resak (MBSA) dan Pusat Khidmat Ahli Majlis, Subang Perdana di sini serta Dewan Serbaguna MPSJ Seri Kembangan.

"Penduduk sekitar bandar raya ini di Taman Subang Perdana, Taman Pinggiran Subang, Taman Nusa Subang dan Taman Subang Idaman serta komuniti di Taman Bukit Serdang (Seksyen 8), Taman Serdang Jaya dan Seri Kembangan digalakkan hadir," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Bagi tujuan pendaftaran, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan menggunakan fungsi Saringan atau melalui: screening.selangkah.my

Semalam, Amirudin berkata seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan komuniti bersasar anjuran Kerajaan Negeri setakat Februari lalu bagi mengekang penularan Covid-19.

Ujian secara percuma itu turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619