AGENSI

Yide sasar buka pusat dialisis di semua daerah dalam tempoh 10 tahun

4 Mac 2021, 12:32 AM
Yide sasar buka pusat dialisis di semua daerah dalam tempoh 10 tahun

SHAH ALAM, 4 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berhasrat membangunkan pusat dialisis di empat daerah lagi bagi membantu pesakit kurang berkemampuan.

Pengerusinya Dato' Bakhtiar Hussin memaklumkan cadangan dalam tempoh 10 tahun meliputi Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Beliau menjelaskan yayasan kini memiliki cawangan di Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Taman Melawati, Kuala Selangor dan Sungai Besar yang merawat 266 pesakit.

"Yide menampung subsidi RM200,000 setahun bagi kos tambahan dialisis iaitu ujian darah dan ubat-ubatan yang disarankan pakar nefrologi.

"Turut dibantu lebihan bayaran yang tidak ditanggung penaja kepada pesakit yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais)," katanya dalam kenyataan.

Yide bertanggungjawab melaksana aktiviti kebajikan seperti menyalur sumbangan kecemasan kepada mangsa ditimpa musibah dan menguruskan hal ehwal anak yatim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619