AGENDA

Positif Covid-19: 20 guru, kakitangan sekolah di Kajang dikuarantin

3 Mac 2021, 2:54 PM
Positif Covid-19: 20 guru, kakitangan sekolah di Kajang dikuarantin

SHAH ALAM, 3 MAC: Seramai 20 guru dan kakitangan sebuah sekolah kebangsaan di Kajang diarah menjalani kuarantin sehingga 8 Mac selepas seorang guru diuji positif Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata guru berkenaan disahkan positif wabak selepas mendapat jangkitan daripada abangnya Isnin lalu, lapor Harian Metro.

"Pada hari sama, beliau menjalani saringan dan dikuarantin sehingga mendapat keputusan positif pada 1 Mac," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menjelaskan kali terakhir guru terbabit berada di sekolah pada 23 Februari bagi membuat persiapan persekolahan.

Tambahnya, 20 kontak guru berkenaan di sekolah sudah menjalani ujian calitan dan diarah kuarantin.

"Tiada murid yang terdedah kepada kes berkenaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619