AGENDA

MB: Hubungan KEADILAN dan AMANAH di Selangor utuh

3 Mac 2021, 12:51 PM
MB: Hubungan KEADILAN dan AMANAH di Selangor utuh

SHAH ALAM, 3 MAC: Hubungan antara Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Selangor masih utuh walaupun terpalit isu pemimpin lompat parti, kata pengerusi negeri.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata prinsip perjuangan dan agenda reformasi menjadi kunci keteguhan pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN) yang terus dijunjung pentadbiran negeri.

"Sekiranya berlaku sedikit ketegangan dalam parti atau PAKATAN, ia perkara biasa dan seingat saya pada 2008 kita hampir berpecah namun akhirnya kita kembali menyusun serta menjunjung mandat rakyat.

"PAKATAN Selangor akan mempertahankan hubungan antara parti serta tidak terperangkap dengan permainan politik," kata Dato' Menteri Besar ketika melawat Pusat Operasi Pintar C5i Selangor (SSOC) di Dewan Jubli Perak hari ini.

Sebelum ini, lima Ahli Dewan Negeri (ADN) AMANAH termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti dan berhasrat untuk menyertai KEADILAN.

Mereka ialah ADN Senggarang, Khairuddin A Rahim; ADN Serom, Faizul Amri Adnan serta ADN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Selain tiga ADN dari Johor, turut didakwa bertindak keluar parti adalah dua ADN dari Selangor.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyifatkan tindakan ADN terbabit menyertai KEADILAN tidak seserius berbanding jika mereka menyertai Perikatan Nasional (PN).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619