AGENSI

Mais: Keputusan Mahkamah Persekutuan bukan kemenangan kepada LGBT

2 Mac 2021, 12:08 PM
Mais: Keputusan Mahkamah Persekutuan bukan kemenangan kepada LGBT

SHAH ALAM, 2 FEB: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa perundangan syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii adalah tidak sah, bukan kemenangan kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata pihaknya menghormati penghakiman, namun perbuatan itu tetap dosa besar dalam Islam serta bertentangan dengan akhlak, moral dan amalan masyarakat Malaysia.

"Mais menegaskan golongan itu tetap tidak diiktiraf. Allah melaknati sesiapa melakukan amalan kaum Nabi Luth (liwat).

"Perbuatan ini termasuk dalam perkara yang wajib dibendung bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan undang-undang syariah yang digubal bertepatan dengan ajaran melalui al-Quran dan hadis Rasulullah," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada SelangorKini hari ini.

Pada 25 Februari Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah, adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim berkata hanya Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Susulan itu menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah berbincang untuk menambah baik undang-undang syariah.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata jawatankuasa itu akan berunding dengan pihak berkuasa negeri untuk menyeragamkan undang-undang syariah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619