EXCO

34 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan terbakar, angkara khianat

2 Mac 2021, 9:04 AM
34 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan terbakar, angkara khianat

KUALA LANGAT, 2 MAC: Kira-kira 34 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan (HSKKLS) terbakar disyaki akibat perbuatan khianat daripada aktiviti pembakaran terbuka.

EXCO Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata kebakaran itu meliputi 0.45 peratus daripada 7,416 hektar keseluruhan kawasan hutan.

Menurut Loy Sian kebakaran itu mengakibatkan tumbuhan daripada spesies mahang, sendayan serta tanaman kontan milik petani musnah.

"Pada awalnya, Jabatan Perhutanan Negeri mula mengesan titik panas di HSKKLS pada 27 Januari lalu akibat aktiviti pembakaran terbuka.

"Kemudian, pada 22 Februari, tujuh lagi titik panas dikesan. Namun sehingga hari ini, sudah terdapat 16 titik panas akibat daripada pembakaran hutan berkenaan," katanya selepas meninjau lokasi kebakaran pagi tadi.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata seramai 130 petugas kini berada di lokasi bagi memadamkan kebakaran yang dijangka selesai dalam tempoh enam minggu.

"Antara agensi terlibat ialah Jabatan Perhutanan Negeri, bomba, unit pengurusan bencana, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619