BERITA UTAMA

MB seru anak Selangor mohon hadiah masuk universiti sebelum 31 Mac

2 Mac 2021, 12:43 AM
MB seru anak Selangor mohon hadiah masuk universiti sebelum 31 Mac
MB seru anak Selangor mohon hadiah masuk universiti sebelum 31 Mac

SHAH ALAM, 2 MAC: Dato' Menteri Besar mengalu-alukan anak Selangor memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1,000 ditawarkan kepada mereka yang bakal memasuki institut pengajian tinggi (IPT).

"Setiap tahun, Kerajaan Negeri menawarkan insentif yang dinamakan HPIPT ini bagi meringankan beban persediaan belajar.

"Layari https://hpipt.selangor.gov.my/ dan mohon segera sebelum 31 Mac ini," katanya menerusi Facebook.

Inisiatif ini ditawarkan kepada anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon mestilah pelajar tahun pertama yang menerima tawaran pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma serta sijil kemahiran tahap empat di IPT awam dan swasta.

Antara syarat lain, mereka pemastautin di negeri ini lebih setahun, warganegara dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dokumen sokongan boleh dihantar ke Urus Setia HPIPT Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619