AGENDA

Ringgit dibuka 4.0530/0580 berbanding dolar AS

1 Mac 2021, 3:19 AM
Ringgit dibuka 4.0530/0580 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada urus niaga pagi Isnin, sebahagiannya disebabkan oleh kesan domino sentimen risiko ke atas pasaran minyak mentah selepas para pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) minggu depan.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0530/0580 berbanding dolar AS daripada 4.0450/0443 ketika ditutup petang Jumaat.

Seorang peniaga berkata mesyuarat OPEC+ yang dijadualkan pada 4 Mac adalah acara paling penting yang mana para pelabur perlu berhadapan tugas sukar untuk menyusun pelbagai bahagian bagi membentuk satu strategi yang boleh membuat semua yang terbabit berpuas hati.

“Dolar AS agak lemah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain berikutan penjualan perolehan AS semakin mereda selepas beberapa bank pusat masuk campur. Sementara itu, harga minyak pula semakin meningkat.

“Sehubungan itu, saya menjangkakan aktiviti jualan ke atas ringgit juga akan berkurangan dan sentimen ke atas unit itu akan berubah menjadi lebih berhati-hati dengan kehendak risiko cuba kembali pulih pagi ini,” kata Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0469/0509 daripada 3.0443/0490 pada Jumaat dan lebih lemah berbanding pound Britain kepada 5.6677/6763 daripada 5.6395/6473.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.9005/9069 daripada 4.9054/9127 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8056/8107 daripada 3.7985/8035 sebelumnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619