AGENDA

Bapa tempuh perjalanan 60km, bawa anak jalani saringan percuma

1 Mac 2021, 2:15 AM
Bapa tempuh perjalanan 60km, bawa anak jalani saringan percuma
Bapa tempuh perjalanan 60km, bawa anak jalani saringan percuma
Bapa tempuh perjalanan 60km, bawa anak jalani saringan percuma

SUBANG JAYA, 1 MAC: Seorang bapa sanggup menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer dari Rawang demi membawa anaknya menjalani saringan Covid-19 percuma di sini semalam.

Abdul Hamid Abd Halim, 53, berkata beliau berbuat demikian kerana anak tunggalnya akan kembali ke asrama di Sekolah Menengah Islam Al-Haj Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh hari ini.

[caption id="attachment_462665" align="alignleft" width="392"] Abdul Hamid Abd Halim[/caption]

Menurutnya, beliau terpaksa merentas daerah dengan perjalanan lebih sejam demi memastikan Nor Atika Abdul Hamid, 21, menjalani saringan sebelum sesi persekolahan bermula.

“Ketika melalui dua sekatan jalan raya, saya memaklumkan kepada anggota polis bertugas untuk menghantar anak membuat saringan dan mereka beri kebenaran," katanya pada program Saringan Komuniti Bersasar secara percuma di Dewan MPSJ Puchong Indah, Puchong.

Abdul Hamid menjelaskan pengurusan sekolah mewajibkan semua pelajar membuat saringan dan secara kebetulan beliau ternampak poster ujian tersebut di Facebook.

"Saya bersyukur kerana tiada bayaran dikenakan untuk saringan ini yang sedikit sebanyak menjimatkan kos. Saya pula bekerja sebagai buruh binaan, sudah tentu kalau buat di klinik swasta harganya mahal dan membebankan," katanya.

Seorang lagi peserta, Norafifah Salleh, 23, berkata beliau mengetahui mengenai ujian tersebut di Twitter Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) selain menyedari tanggungjawab untuk bersama-sama memutuskan penularan wabak.

[caption id="attachment_462666" align="alignright" width="393"] Norafifah Salleh[/caption]

Katanya, langkah itu diambil memandangkan beliau menyewa dengan beberapa individu dan masing-masing bekerja di tempat berbeza yang tidak diketahui sama ada dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana menyediakan insentif ini. Meskipun saya bukan lahir di negeri ini tetapi saya juga layak untuk buat secara percuma,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619