AGENDA

MSN Selangor harap atlet boleh lakukan latihan berkumpulan selepas PKP

28 Feb 2021, 2:47 AM
MSN Selangor harap atlet boleh lakukan latihan berkumpulan selepas PKP

SHAH ALAM, 28 FEB: Majlis Sukan Negeri (MSN) berharap atlet dibenar menjalankan latihan sukan sentuhan atau berkumpulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 4 Mac.

Pengarah eksekutifnya berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) wajar mempertimbangkan perkara itu kerana hampir dua bulan atlet menjalani latihan bersendirian.

"Sudah tentu kita harap ada perubahan selepas PKP tamat sebab ketika ini latihan lebih tertumpu kepada mengekalkan kecergasan atau stamina.

"Tempoh lama tanpa latihan khusus boleh menjejaskan atlet dalam semua aspek, memang mereka berlatih sendiri tetapi ia jauh berbeza kalau dilakukan secara berkumpulan," kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini.

Pada 9 Februari MKN membenarkan pasukan Liga Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) memulakan latihan namun pemain perlu mematuhi kuarantin di kem atau kediaman ditetapkan pasukan.

Dua hari kemudian MKN membenarkan sukan seperti tenis, badminton dan ping pong melibatkan acara perseorangan manakala latihan kemahiran atlet bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw dibenar tanpa melibatkan sentuhan fizikal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619