SELANGOR

Pemandu bas bawa pesakit terbabas disahkan positif Covid-19

27 Feb 2021, 1:50 PM
Pemandu bas bawa pesakit terbabas disahkan positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Pemandu bas yang membawa 40 pesakit Covid-19 dan terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi turut disahkan positif virus itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shari'at berkata pemandu berusia 41 tahun yang cedera di kaki sebelum itu dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan dan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan.

Ujian saringan air kencing pula mendapati lelaki itu negatif dadah namun siasatan masih diteruskan.

“Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, bas yang membawa 40 penumpang hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong Touch ‘n Go sebelum merempuh pondok tol tersebut.

“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kegagalan sistem brek bas tersebut, berdasarkan kenyataan daripada pemandu bas itu,” katanya kepada Bernama.

Kenderaan itu antara 11 bas dalam konvoi membawa 431 pesakit Covid-19 dari Kluster Changkat Jong di Perak yang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 di Selangor.

Kesemua penumpang, termasuk lapan yang cedera, dibawa ke PKRC MAEPS 2.0 untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619