ADN

Pemilik kebun disaran amal kaedah tanam sampah, elak hutan terbakar

24 Feb 2021, 10:35 AM
Pemilik kebun disaran amal kaedah tanam sampah, elak hutan terbakar

SHAH ALAM, 24 FEB: Pemilik kebun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong disaran mengamalkan kaedah menanam sampah tanpa melakukan pembakaran terbuka.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata kebiasaan membakar sampah perlu dihentikan bagi mengelak risiko kebakaran hutan termasuk perumahan penduduk berhampiran.

"Pengurusan sampah yang paling teruk adalah membuangnya secara haram dan bakar secara terbuka. Isu ini kerap berlaku merata-rata tempat di Balakong.

"Jika berlaku kebakaran, ia boleh beri kesan negatif terhadap alam sekitar selain penduduk perlu menanggung kerugian harta benda," katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut menasihati penduduk mengasingkan sisa berkaitan ke dalam lubang khas bagi membolehkan proses penguraian selain menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengutip sampah pukal yang dikumpul di rumah.

Terdahulu, Siew Ki mengulas insiden kebakaran hutan berlaku antara The Peak dan Cheras Perdana pada jam 7 petang kelmarin yang disyaki berpunca daripada pembakaran sampah atau kebun secara terbuka.

Seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619