ADN

DUN Bukit Melawati agih bantuan makanan, OKU antara penerima

24 Feb 2021, 6:19 AM
DUN Bukit Melawati agih bantuan makanan, OKU antara penerima

SHAH ALAM, 24 FEB: Seramai 1,400 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati bakal menerima bantuan makanan bagi mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Wakil rakyatnya berkata bantuan secara berfasa meliputi keluarga berpendapatan rendah, orang kelainan upaya dan warga emas yang terjejas susulan Covid-19.

Menurut Juwairiya Zulkifli, sumbangan diagih mengikut keperluan merangkumi beras, minyak masak, kicap, kopi, sardin dan ayam segar serta pelitup muka.

"Seramai 750 penduduk sudah menerima sumbangan dan baki akan diselesai secara berperingkat. Kita harap bantuan ini meringankan beban mereka sepanjang PKP," katanya ketika dihubungi.

Pada 20 Januari, Kerajaan Negeri memperuntuk RM100,000 kepada setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen negeri ini bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

Program sebahagian Pakej Kita Selangor meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin boleh dilaksanakan secara terus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619