AGENSI

Kempen sedekah Yide guna e-dompet Touch ‘n Go cecah RM9,000

24 Feb 2021, 5:49 AM
Kempen sedekah Yide guna e-dompet Touch ‘n Go cecah RM9,000

SHAH ALAM, 24 FEB: Program infaq Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) melalui e-dompet Touch ‘n Go berjaya mengumpul RM9,000 setakat ini.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata sumbangan menggunakan aplikasi itu memudahkan urusan sedekah secara dalam talian.

"Kaedah terbaharu ini secara tidak langsung membantu Yide lebih aktif melancarkan aktiviti kebajikan khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang ingin menyumbang perlu perlu mengimbas kod QR di laman web https://yide.com.my/2020/09/08/touchngo-e-wallet/.

Pada November tahun lalu, Yide turut melancarkan kempen infaq melalui laman e-dagang terkemuka Shopee yang mencecah kutipan RM2,000 setakat 4 Februari.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619