AGENDA

Sistem POIS mampu kurangkan jangkitan Covid-19 sehingga 50 peratus

22 Feb 2021, 6:36 AM
Sistem POIS mampu kurangkan jangkitan Covid-19 sehingga 50 peratus
Sistem POIS mampu kurangkan jangkitan Covid-19 sehingga 50 peratus
Sistem POIS mampu kurangkan jangkitan Covid-19 sehingga 50 peratus

SHAH ALAM, 22 FEB: Kadar jangkitan Covid-19 membabitkan sektor perkilangan negeri ini dijangka berkurang sehingga 50 peratus jika majikan mengambil inisiatif pencegahan penularan di kawasan titik panas (POIS).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sistem diperkenal Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 (STFC) mampu mengenal pasti kes positif selain memastikan operasi kilang terus berjalan.

"Sekarang antara pusat jangkitan di Selangor adalah dari kawasan perindustrian iaitu kira-kira 70 hingga 80 peratus. Jadi, kalau kilang dapat ikut sistem ini, saya yakin kes di tempat kerja boleh dikurangkan.

[caption id="attachment_461921" align="alignright" width="414"] Dato' Seri Amirudin Shari mendengar taklimat wakil pengurusan kilang ketika pelancaran Program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) di Kilang Nestle, Shah Alam pada 22 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"POIS diatur dan disusun bagaimana untuk tangani (jangkitan) daripada segi sistem dan bukan kita datang untuk hentikan operasi selepas perkara itu berlaku," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program POIS di kilang Nestle, Seksyen 15 di sini hari ini yang turut disertai EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols.

Sementara itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri belum mewajibkan semua majikan mendaftar sistem tersebut namun sedia meneliti kesesuaian untuk berbuat demikian.

"Ia melibatkan banyak perkara seperti pelesenan dan kebenaran beroperasi. Jadi, buat masa ini ia lebih kepada proses sukarela dan mungkin kita akan cuba selaras dan sebatikan dengan yang ada," katanya.

[caption id="attachment_461922" align="alignleft" width="435"] Dato' Seri Amirudin Shari mendengar taklimat pengurusan kilang berkenaan garis panduan operasi kilang ketika pelancaran Program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) di Kilang Nestle, Shah Alam pada 22 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 6 Januari lalu, STFC melancarkan program POIS bagi mencegah dan mengurangkan kluster tempat kerja.

Majikan mendaftar perlu menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada beberapa kumpulan kecil dengan fungsi berbeza yang berperanan mengenal pasti kawasan dan aktiviti berisiko tinggi.

Jawatankuasa terbabit perlu merangka pelan tindakan kecemasan, mengurangkan kontak luar dan memastikan semua tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi.

Selain itu, platform Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) merekodkan pergerakan keluar masuk pekerja dan memantau komponen POIS serta menganalisis risiko pekerja bagi menyelaraskan kekerapan ujian saringan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619