AGENDA

MB ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2020

21 Feb 2021, 1:16 PM
MB ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2020

SHAH ALAM, 21 FEB: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mulai esok.

Menerusi catatan di Facebook, Dato' Seri Amirudin Shari turut mendoakan semua calon dipermudahkan urusan menjawab soalan dan memperoleh kejayaan.

"Doa buat sekalian anak-anak tingkatan lima yang bakal menempuhi peperiksaan SPM mulai esok, semoga dipermudahkan urusan. Selamat maju jaya.

"Semoga segala usaha dan persiapan diiringi doa ibu bapa dan guru bagi menghadapi saat yang penting ini akan membuahkan hasıl yang cemerlang, insya-Allah," tulisnya.

Seramai 401,105 pelajar seluruh negara bakal menduduki SPM 2020 bermula esok selepas ditangguhkan tahun lalu susulan penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619