AGENSI

SPM ketika pandemik, Yayasan Selangor pantau keselamatan pelajar

20 Feb 2021, 7:04 AM
SPM ketika pandemik, Yayasan Selangor pantau keselamatan pelajar

SHAH ALAM, 20 FEB: Yayasan Selangor memantau tahap kesihatan dan keselamatan pelajar tajaannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Isnin.

Pengarah Kanan Pendidikannya Zahura Zakry berkata perkara itu dititikberat bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan kes Covid-19 yang masih tinggi.

"Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pembelajaran dan persediaan pelajar menghadapi SPM, namun kita berusaha sebaiknya membantu mereka termasuk aspek kerohanian.

“Kita berharap pelajar kekal fokus di sebalik cabaran yang mendatang dan mendoakan mereka terus cekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 779 pelajar tajaan Yayasan Selangor dari 60 sekolah seluruh negeri dan Kuala Lumpur bakal menduduki SPM bermula 22 Februari.

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut berlangsung pada tarikh sama manakala Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 8 Mac.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619