AGENSI

Sesi belajar bersemuka Kuis bermula 1 Mac

17 Feb 2021, 9:42 AM
Sesi belajar bersemuka Kuis bermula 1 Mac

SHAH ALAM, 17 FEB: Kira-kira 500 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bakal memulakan sesi pembelajaran secara fizikal mulai 1 Mac ini.

Rektornya berkata kemasukan pelajar ke kolej dilaksana secara berperingkat merangkumi enam kategori seperti ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Buat masa ini kita beri laluan kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak yang akan masuk kolej pada 20 Februari ini. Mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin yang pihak Kuis sediakan.

"Selepas itu diikuti pelajar dari Semenanjung. Bagaimanapun pelajar yang tidak termasuk dalam enam kategori kekal menjalani pengajaran dan pembelajaran dalam talian," kata Profesor Dato' Dr Ab Halim Tamuri kepada SelangorKini.

Enam kategori pelajar merangkumi:

1. Pelajar program pengajian Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan latihan praktikal, makmal, klinikal, studio, bengkel dan peralatan khas

2. Pelajar yang tidak mempunyai akses internet

3. Pelajar Asasi atau setara serta Diploma sedia ada di kampus

4. Pelajar antarabangsa sedia ada kecuali dari United Kingdom

5. Pelajar berkeperluan khas (OKU)

6. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (Muet)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619