AGENSI

LZS bantu ibu, bayi lapan bulan pindah rumah sewa baharu

17 Feb 2021, 4:38 AM
LZS bantu ibu, bayi lapan bulan pindah rumah sewa baharu

SHAH ALAM, 17 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memindahkan seorang ibu dan bayinya berusia lapan bulan yang tinggal di rumah usang ke kediaman sewa baharu.

Agensi memaklumkan pihaknya turut mengagihkan bantuan makanan dan kewangan sebanyak RM300 sebulan kepada wanita yang dikenali sebagai Alwani.

"Insya-Allah mereka akan mula kehidupan baharu di sini dan pada masa sama Alwani akan mencari kerja untuk tampung kehidupan mereka sekeluarga.

"Sementara itu, anak beliau pula akan dihantar kepada pengasuh iaitu jiran sebelah rumahnya," katanya di Facebook.

Sebelum ini, kisah Alwani pernah tular berikutan suami dan anaknya berusia empat tahun dikhuatiri hanyut ketika menjala ikan di sungai.

Bagaimanapun laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa bagi mengesan mereka berdua namun masih belum dijumpai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619