AGENSI

Bayaran kelas terapi antara bantuan untuk anak OKU Selangor

16 Feb 2021, 3:24 AM
Bayaran kelas terapi antara bantuan untuk anak OKU Selangor

SHAH ALAM, 16 FEB: Penerima Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) layak mendapat pelbagai keistimewaan termasuk bayaran kelas terapi serta mesin perubatan.

Penolong pengurus korporat Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata sumbangan kerusi roda dan katil juga akan diberikan sekiranya mendapat permohonan.

“Bantuan lain termasuk ubat, makanan tambahan dan keperluan kesihatan juga disediakan bergantung kepada keperluan dan peruntukan sedia ada.

“Bagaimanapun semua kemudahan dan bantuan ini akan diserahkan selepas kita mendapat nasihat serta penerangan dari pihak hospital," kata Sharizan Mohd Shariff ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sejak diperkenalkan pada 2019, Anis memperuntukkan lebih RM950,000 membiayai keperluan kesihatan kepada anak orang kelainan upaya (OKU).

"Tahun lepas kita bantu 367 penerima dan pemberian akan terus dilakukan sebagai usaha membantu anak istimewa selain tidak meminggirkan golongan itu," katanya.

Bermula Isnin lalu, orang ramai yang mempunya anak OKU berusia 18 tahun ke bawah boleh membuat permohonan di laman sesawang http://www.anis.yawas.my.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 mengumumkan sejumlah RM3.25 juta bagi keseluruhan program dan inisiatif pemberdayaan OKU termasuk seminar kesedaran sokongan untuk anak istimewa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619