AGENDA

Mais sumbang makanan asas kepada lebih 200 pemandu limo KLIA

13 Feb 2021, 9:50 AM
Mais sumbang makanan asas kepada lebih 200 pemandu limo KLIA

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang makanan asas kepada 215 pemandu limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terkesan susulan Covid-19.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata set bantuan berupa beras, tepung, gula, minyak masak dan gula dengan peruntukan RM21,500 menggunakan wang kutipan fidyah orang ramai.

"Mais mengambil inisiatif untuk membantu pemandu yang turut mengalami kemerosotan pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bantuan diharap sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumbangan diserahkan melalui Rakan Strategik Fidyah Mais (RSFM) dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) di Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) Seri Kembangan.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman sesawang http://www.mais.gov.my atau dibuat menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619