AGENSI

LZS bina rumah baharu, salur bantuan kepada balu anak lima

12 Feb 2021, 7:53 AM
LZS bina rumah baharu, salur bantuan kepada balu anak lima

SHAH ALAM, 12 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu membina rumah baharu untuk balu lima anak yang mana empat daripadanya adalah pelajar tahfiz.

Agensi berkata Arlyiza Ramli yang sebelum ini tinggal di Kuala Selangor hanya menjana pendapatan dengan mengambil upah mengasuh kanak-kanak.

"Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke rumahnya menyebabkan beliau hilang punca pendapatan.

"Pihak zakat juga mengambil inisiatif membantu beliau dari segi kewangan dan makanan bulanan, yuran serta keperluan sekolah bagi meringankan bebannya," kata LZS menerusi Facebook.

Tambahnya, kesemua sumbangan adalah hasil caruman zakat orang ramai.

"Semoga Allah memberkati harta dan kehidupan para pengeluar zakat dan asnaf di negeri Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619