EXCO

PWB sedia latihan untuk wanita maju, tingkat ekonomi

11 Feb 2021, 8:16 AM
PWB sedia latihan untuk wanita maju, tingkat ekonomi

SHAH ALAM, 11 FEB: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor menyediakan pelbagai latihan dan kursus kepada wanita bagi mendepani era pendigitalan yang dibawa pembangunan negeri.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata program lebih menekankan aspek pemasaran perniagaan di media sosial sebagai usaha membantu ekonomi golongan itu.

"Sekarang program ini banyak dilakukan secara dalam talian memandangkan pandemik Covid-19 dan sesuai untuk semua wanita, tidak terhad ibu tunggal sahaja.

"Mana-mana persatuan yang mahu ahlinya turut serta boleh hubungi PWB berhampiran untuk kita rancang bersama," kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam rancangan 'Wanita Di Dalam Sains dan Teknologi + Covid-19 = Apakah Formula Terbaik? dianjurkan Institut Wanita Berdaya secara dalam talian.

Beliau berkata Kerajaan Selangor turut menyediakan peluang untuk rakyat berkecimpung serta mengembangkan perniagaan mereka menerusi kerjasama Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec).

Menerusi Belanjawan Selangor 2021 pada Oktober tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan peruntukan RM369 juta bagi menjayakan agenda Negeri Pintar Ulung dan Agenda Digitalisasi Selangor.

Usaha itu bagi menggerak ekonomi secara holistik melalui transformasi sistem perkhidmatan, sosial, perniagaan dan keusahawanan, penciptaan nilai serta seni kreatif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619