AGENSI

Air Selangor rai warga emas, kanak-kanak sempena Tahun Baharu Cina

11 Feb 2021, 5:45 AM
Air Selangor rai warga emas, kanak-kanak sempena Tahun Baharu Cina
Air Selangor rai warga emas, kanak-kanak sempena Tahun Baharu Cina
Air Selangor rai warga emas, kanak-kanak sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 11 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) semalam meraikan 100 warga emas dan kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua komunikasi korporatnya berkata mereka adalah 30 warga emas dari pusat jagaan Rumah Love and Care, Kajang serta 70 kanak-kanak dari rumah perlindungan Rainbow Home, Taman Fern Grove, Cheras dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Taman Klang Jaya, Klang yang dirai menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sesama Mara.

"Pada program itu, kesemua penerima mendapat makanan dan perabot manakala warga emas diberi alatan berkebun sementara alatan pembelajaran kepada kanak-kanak terbabit.

"Air Selangor juga mengambil inisiatif memeriksa keadaan paip dalaman rumah serta menjalankan perkhidmatan kawalan serangga bagi memastikan mereka selesa tinggal di rumah tersebut terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan," kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Air Selangor turut memberi angpau bagi menceriakan mereka yang akan meraikan perayaan secara sederhana dalam situasi pandemik Covid-19.

"Air Selangor berharap agar bantuan itu dapat meringankan beban perbelanjaan rumah perlindungan itu sekali gus menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619