AGENDA

PLUS buka semula medan selera R&R, ikut SOP ketat

11 Feb 2021, 3:44 AM
PLUS buka semula medan selera R&R, ikut SOP ketat

KUALA LUMPUR, 11 FEB: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula medan selera di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), bermula semalam.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula ruang makan itu selari dengan pengumuman kerajaan berhubung kebenaran makan di restoran dengan tatacara operasi piawai (SOP) yang ketat berkuat kuasa semalam.

“PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan berkenaan agar mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja makan dengan memastikan penjarakan fizikal satu meter.

"Semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini manakala restoran, gerai serta trak makanan dan minuman bergerak termasuk kedai serbaneka beroperasi mulai 6 pagi hingga 10 malam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, prapesanan menerusi aplikasi PLUS juga digunakan dalam usaha membantu rakan niaga menerima tempahan daripada pelanggan dan ia boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store atau App Store.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619