AGENDA

Hein Htet Aung lengkapi senarai pemain import Selangor 2

11 Feb 2021, 12:20 AM
Hein Htet Aung lengkapi senarai pemain import Selangor 2

SHAH ALAM, 11 FEB: Pasukan bola sepak Selangor 2 mengikat kontrak bekas pemain Hantharwady United FC dari Myanmar Hein Htet Aung bagi melengkapkan senarai pemain import musim ini.

Selangor FC dalam kenyataannya memaklumkan, bintang muda Myanmar itu telah menandatangani kontrak untuk bersama pasukan Red Giants sehingga tahun 2023.

Menurut kenyataan tersebut, pemain sayap kanan berusia 19 tahun itu pernah bermain dengan skuad Myanmar bawah 18, 19, 21 dan 23 tahun.

“Beliau juga pernah bermain untuk naib juara Liga Perdana Myanmar musim lalu, Hantharwady United FC sejak 2019 dan telah membuat 28 penampilan selain menjaringkan empat gol.

“Hein turut dinobatkan sebagai pemain yang melakukan bantuan gol tertinggi (sembilan) daripada kesemua liga domestik ASEAN pada tahun lepas," menurut kenyataan tersebut semalam.

Dalam kenyataan sama, Selangor FC menyatakan barisan kejurulatihan dan pegawai teknikalnya akan menyusun rancangan asal pramusim bagi mempersiapkan skuad berkenaan sebelum liga bermula pada awal Mac selepas kerajaan membenarkan program latihan berpusat dibenarkan mulai minggu depan.

"Ini kerana rancangan pramusim sebelumnya telah terhenti susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor.

“Semua pasukan Selangor hingga ke skuad belia akan memulakan latihan seperti biasa pada Isnin ini, sesuai dengan tarikh dan tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan kerajaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619