AGENDA

Jurulatih pastikan atlet negeri cergas, berat badan kekal

9 Feb 2021, 1:58 PM
Jurulatih pastikan atlet negeri cergas, berat badan kekal

SHAH ALAM, 9 FEB: Jurulatih di bawah Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor perlu mengemukakan laporan kecergasan atlet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah eksekutifnya berkata laporan secara berkala penting untuk memastikan berat badan atlet tidak naik serta mengikut jadual pemakanan sepanjang berada di rumah.

"Jurulatih akan menyediakan laporan berserta gambar dan rakaman video atlet berlatih di rumah. Kita tidak mahu atlet mengalami kesukaran untuk menyambung semula latihan intensif yang disediakan jurulatih sebelum PKP," kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini.

Beliau turut mengingatkan kunci kejayaan atlet adalah disiplin tinggi dan tidak berputus asa.

Sebelum ini, MSN Selangor turut menilai indeks prestasi utama (KPI) jurulatih kendaliannya pada setiap bulan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619