AGENSI

Pemadam Selangor sumbang RM10,000 bantu mangsa bah Pahang

9 Feb 2021, 7:59 AM
Pemadam Selangor sumbang RM10,000 bantu mangsa bah Pahang

SHAH ALAM, 9 FEB: Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Selangor menyumbang RM10,000 kepada Pahang yang terjejas teruk berikutan banjir awal bulan lalu.

Agensi tersebut berkata bantuan Misi Prihatin Banjir pada 30 Januari lalu akan diagihkan kepada lima daerah negeri itu bagi meringankan beban mangsa.

"Sumbangan ini mewakili Pengerusi Pemadam Selangor Dato' Seri Amirudin Shari sebagai tanda kesedaran sosial dan prihatin terhadap mangsa. Turut diserahkan ialah alatan pembersihan," kata persatuan itu dalam kenyataan.

Pemadam memaklumkan misi melibatkan tujuh petugas mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan mendapat kelulusan polis serta Majlis Keselamatan Negeri Pahang.

Pada 26 Januari, Kerajaan Selangor menyerahkan bantuan kepada Pahang, Terengganu dan Kelantan susulan bencana yang melinda tiga negeri pantai timur itu.

Sebanyak RM1 juta diberi kepada Pahang manakala Terengganu dan Kelantan masing-masing RM500,000 melalui Pakej Kita Selangor yang diumumkan pada 20 Januari.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619