AGENDA

Ringgit dibuka tinggi 4.0570/0630 berbanding dolar AS

9 Feb 2021, 1:54 AM
Ringgit dibuka tinggi 4.0570/0630 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Ringgit meneruskan keuntungan yang diraih pada urus niaga Isnin untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh permintaan kukuh untuk unit tempatan itu berserta peningkatan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 bebanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup petang semalam.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.48 peratus untuk diniagakan pada US$60.85 setong.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata sementara ringgit pada kebiasaannya menikmati semua kelebihan ketika harga minyak melonjak, tetapi minggu ini lebih kepada minggu penentu bagi unit tempatan berkenaan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan ini susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0453/0501 daripada 3.0421/0465 ketika ditutup pada Isnin petang dan lemah berbanding euro kepada 4.8911/8996 daripada 4.8874/8942.

Ringgit merosot berbanding yen kepada 3.8583/8647 daripada 3.8472/8523 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5796/5887 daripada 5.5683/5764 sebelumnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619