AGENDA

Format peperiksaan SPM 2020 kekal - LPM

8 Feb 2021, 7:01 AM
Format peperiksaan SPM 2020 kekal - LPM

PUTRAJAYA, 8 FEB: Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, LPM memaklumkan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

Menurut LPM, tajuk dan laporan akhbar itu berbahasa Melayu itu menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM 2020.

"Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai," menurutnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Akhbar berkenaan pada 7 Februari menyiarkan laporan "Wajah Baharu SPM" di muka hadapan, "SPM Bakal Dirombak" di muka surat dua dan "Peperiksaan Boleh Buka Buku" di muka surat tiga.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619