AGENDA

Wakil rakyat dicadang anjur program saringan Covid-19

8 Feb 2021, 6:35 AM
Wakil rakyat dicadang anjur program saringan Covid-19

SHAH ALAM, 8 FEB: Semua wakil rakyat Selangor dicadang melaksanakan tajaan saringan di kawasan masing-masing bagi mengekang perebakan Covid-19.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor berkata inisiatif tersebut menggalakkan orang ramai yang menetap di lokasi berisiko tinggi serta kurang berkemampuan melakukan ujian.

"Perkara ini ada dibincang menerusi pertemuan Ahli Dewan Negeri (ADN) bersama EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud pada minggu lepas.

"Kita tahu kos melakukan ujian Covid-19 agak tinggi, justeru tawaran serendah RM50 diharap mendorong rakyat untuk melakukan saringan," kata Elizabeth Wong yang juga ADN Bukit Lanjan kepada SelangorKini hari ini.

Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan berkongsi data terkini dari semasa ke semasa bagi memudahkan tugas wakil rakyat selain memastikan keberkesanan program saringan.

Pada Sabtu, Elizabeth bersama dua lagi wakil rakyat Pakatan Harapan (PAKATAN) iaitu Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah menawarkan saringan Covid-19 pada harga serendah RM50.

Inisiatif sama turut dilaksanakan beberapa wakil rakyat negeri sebelum ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619