AGENDA

Ringgit dibuka tinggi 4.0590/0650 berbanding dolar AS

8 Feb 2021, 2:06 AM
Ringgit dibuka tinggi 4.0590/0650 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Ringgit diniagakan tinggi ketika dibuka pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh permintaan diperbaharui serta disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Ketua Strategi Pemasaran Global Axi Stephen Innes berkata kenaikan harga minyak mentah yang berterusan memberikan sumber jaminan yang penting untuk pasaran Malaysia dan ringgit.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent mengukuh 0.79 peratus untuk diniagakan pada US$59.81 setong.

"Penguatkuasaan semula perintah pergerakan berikutan peningkatan ketara kes Covid-19 di Malaysia mungkin akan menjejaskan pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam jangka masa terdekat, sekali gus mempengaruhi pergerakan mata wang tempatan.

“Eksport yang kukuh serta peningkatan renminbi boleh memberi kelebihan kepada ringgit hari ini tetapi sentimen boleh terjejas sekiranya perolehan AS mendapat sokongan diperbaharui,” kata beliau kepada Bernama

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0414/0461 daripada 3.0415/0455 Jumaat lepas dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8463/8524 daripada 3.8570/8621.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.5710/5808 daripada 5.5687/5772 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8834/8922 daripada 4.8714/8786 sebelumnya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619