ADN

ADN Kinrara bekal alat sanitasi, galak JMB buat nyahcemar

6 Feb 2021, 7:49 AM
ADN Kinrara bekal alat sanitasi, galak JMB buat nyahcemar
ADN Kinrara bekal alat sanitasi, galak JMB buat nyahcemar

SHAH ALAM, 6 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menyediakan peralatan sanitasi untuk kegunaan Persatuan Penduduk dan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Ahli Dewan Negerinya berkata kemudahan melalui Skim Ops Disinfeksi diperkenal selepas mendapat permintaan pihak pengurusan beberapa pangsapuri yang kurang mampu untuk membeli bahan nyahcemar untuk proses sanitasi.

"Antara barangan akan kita sediakan secara percuma adalah alatan semburan dan ubat disinfeksi.

"Alternatif ini juga sebagai langkah menggalakkan pihak berkaitan menjalankan operasi nyahcemar di kawasan pangsapuri atau kediaman demi memutuskan rantaian Covid-19," kata Ng Sze Han ketika dihubungi.

Untuk maklumat lanjut atau mereka yang mahu memohon skim itu boleh hubungi talian 011-2581 6296.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619